CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 8, 2009

Semoga kejayaan akan terus menjadi milikmu....












Sedikit ringkasan dari akhbar Utusan M'sia, Jumaat 8 Mei`09- Mega Hits.

Shah Indrawan Ismail dibesarkan dlm prsekitaran masyarakat yg berpendapatan sederhana di kaw. perumahan Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Di dalam lingkaran masyarakat yg terdiri drpd keluarga pelbagai kaum.
Anak kpd pasangan En. Ismail Salim dan Pn. Siti Fatimah Harun, dibesarkan dgn penuh tertib serta dibekalkan dgn panduan dan nasihat agar menjadi seorang anak yg bertanggungjawab. Dikenali dikalangan rakan2 sbg Tomok.

Hari ini hidupnya berubah dalam sekelip mata. Gelaran 'Jutawan Segera' yg diberikan kpdnya slps meraih gelaran juara musim ke3 OIAM masih terlalu janggal buatnya.

Tomok:"Duit pun belum dapat, mana boleh panggil saya jutawan". katanya pd pertemuan awal di kediaman baru Tomok dan keluarganya di Alam Damai, Cheras.

Dihina, dikecam, dikritik hanya kerana lagu lagu yg New Boyz perjuangkan berkonsepkan pop leleh dan melankolik menyebabkan Tomok diheret sama dlm perdebatan.

Tomok:"Yang saya tahu saya dan rakan2 cari dlm muzik. Buat apa nak ambil kisah apa cakap orang. Walaupun pedih telinga dibuatnya, diam sajalah". Berkongsi keperitan hidup diawal penglibatannya sbg anak seni pd sekitar tahun 1999.

bertitik tolak drpd cabaran2 yg diterima, Tomok menyedari dia harus melakukan transformasi pd kerjaya seninya. Dia nekad mahu menyertai OIAM yg ketika itu sdg dlm pencarian menjejaki peserta.

Tomok: "Saya memang menyimpan hasrat ingin sertai OIAM. Alhamdulillah saya berjaya dlm uji bakat dan akhirnya terpilih ke peringkat Top 12. Namun, berada dlm senarai Top 12 bukan saat yg menggembirakan saya kerana menyedari cabaran menjadi makin sukar".

Selama menjayakan konsert mingguan, setiap minggu Tomok membuat persediaan mental bahawa dia akan tersingkir lebih awal brbanding peserta lain.

Tomok:"setiap minggu saya sudah bersedia utk disingkirkan sebab saya sgt memahami sentimen audien". Saya tidak menyalahkan undian audiens jika mereka tidak mahu memilih saya kerana yang dicari mereka adalah penyanyi baru".

Pujian 2 pengkritik OIAM menjadi motivasi utk memperkasakan kedudukannya. Sehinggalah pada final OIAM minggu lalu, keadaan menjadi sgt genting buat Tomok. Nama Tomok diumukan sbg peserta yg tersingkir pd pentas final OIAM. Mahu tahu apa perasaan Tomok??

Tomok:"Tuhan saja yg tahu betapa remuknya hati saya. Saya tak boleh nak brkata apa2 ketika itu. Tipulah kalau saya katakan saya tidak sedih, kecewa dan putus asa. Alhamdulillah, keadaan berubah disaat saat akhir dan rezeki berpihak kepada saya. Syukur yg tidak terhingga kerana rezeki yg ditentukan buat saya". Tomok masih tergamam dgn kejayaannya sehingga ke hari ini.

Tomok:"Fokus saya selepas ini ialah memberikan perhatian pada penerbitan album solo. Inilah saat yg saya nantikan. Saya mahu berubah demi kebaikan kerjaya seni saya". Aubrey suwito serta Audi Mok adalah 2 komposer kreatif tanahair dan Tomok mahu mengutip seberapa byk ilmu muzik drpd mereka.

Apa kata & janji Tomok tntang New Boyz??

"Tidak mungkin saya melupakan rakan2 New Boyz, kami sudah sepakat akan terus bersama memperjuangkan apa yg kami lakukan selama ini. Cuma kini saya perlu memberikan tumpuan pada karier solo saya terlebih dulu. Selepas segala2nya reda, saya pastinya akan bekerjasama dgn New Boyz pula". Setiap minggu mereka datang beri sokongan semasa saya dalam OIAM. Saya gembira kerana mempunyai rakan2 yg cukup memahami aspirasi saya dalam muzik". ujarnya dlm nada terharu.

Tomok:"Saya takut andai saya lupa diri satu hari nanti. Itulah kebimbangan saya. Kerana itu saya pohon kpd keluarga dan rakan2 tegurlah saya andai ada perubahan ketara yg boleh menjahanamkan masa depan berlaku pada saya". Sejumlah dri wang kemenangan akan dihadiahkan kpd ibubapanya yg selama ini mjadi tulangbelakang kejayaannya dan keutamaannya adalah kedua ibubapanya sementelah dia masih lagi bujang.

Apa kata Tomok tntg kakak sulungnya Ismaliza peserta AF ke7 .

Tomok:"Saya gembira dgn perkembangan kejayaan kakak saya dlm AF7. Doa saya kejayaan juga akan berpihak kepadanya". Tomok akan hadir mmberi sokongan kpd Isma pd persembahan konsert AF nanti.

Apa kata Ibu Tomok - Puan Siti Fatimah Harun tentang Tomok.

Pn. Siti Fatimah:"ibu mana yg tak seronok tengok anaknya berjaya. Walaupun Tomok tidak belajar tinggi, tapi saya bersyukur kerana dia berjaya dgn caranya. Doa saya Tomok akan kekal merendah diri dan menjadi anak yg baik dan bertanggungjawab. Saya sentiasa berpesan pada Tomok jangan lupa diri hanya kerana berjaya dlm sesuatu perkara".

Peribadi Tomok dari sudut pandangan Ibunya- Tomok seorang anak yg pendiam dan gemar berahsia.

Pn. Siti Fatimah:"Jarang sekali dia bercerita mengenai kesusahan menjadi artis, bila tengok dia menangis dlm OIAM bercerita mengenai kesukarannya, baru saya tahu yang Tomok banyak memendam rasa. Namun saya bersyukur kerana dia tidak pernah menyusahkan saya dan juga bapanya. Bahkan dia pula yang banyak membantu memberikan kehidupan yang selesa buat kami sekeluarga".

Moral dari cerita diatas perlu positif, mandiri yg kukuh utk mengharungi cabaran hidup, tahu matlamat dan kekuatan diri, perlu ada doa dan restu ibubapa . Yang penting ibubapa perlu diberi keutamaan insya-Allah rezeki mu akan murah walaupun kekadang kepayahan, keperitan sesekali menyapa hipup mu. Jadikan ia sbg panduan utk terus menongkah arus dan bangun demi kelangsungan hidup mencari kebahagiaan dan kejayaan hidup. ..Doa buat Tomok mudah2 kejayaan terus menjadi milikmu insya-Allah. Tahniah buat En. Ismail dan Pn. Siti Fatimah atas kejayaan anak kesayangan.

Selamat menyambut Hari Ibu mudah2an tahun ini lebih bermakna dan membawa seribu erti buat Puan...salamm buat semua.

0 comments: